Tuesday, December 21, 2010


Sekolah mula dibuka pada 1 Disember 1994. Pada awal pembukaannya, murid-murid terdiri daripada Tahun Satu hingga tahun Lima sahaja. Para pelajar dan guru-guru ini terdiri daripada murid sekolah berdekatan iaitu SK Seri Kemaman, SK Chukai dan juga SRK Sultan Ismail. Bilangan pelajar perintis sebanyak 688 orang dan mula bertambah kepada 836 orang iaitu 425 orang pelajar lelaki dan 411 pelajar perempuan setahun kemudian. Bilangan guru perintis sekolah ini seramai 28 orang.
SK Seri Iman terletak di Jalan dan diapit oleh SMK Agama Al-Falah di sebelah Selatan dan SK Seri Kemaman di sebelah Utara. Terletak dalam ‘zon sekolah bandar Chukai’, berdekatan dengan SM Sultan Ismail dan SM Sultan Ismail II, SK Sultan Ismail dan satu kilometer dari SK Chukai. Jarak dari Pejabat Pelajaran Daerah dengan sekolah hanyalah satu kilometer
Sekolah Kebangsaan Seri Iman  yang terletak di antara Kampung Gong Limau di sebelah Barat dan Kampung Besut di sebelah Timur merupakan sekolah kebangsaan yang menjadi tumpuan ibu bapa sekitar bandar Chukai dan Mak Chili menghantar anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan rendah